Isnin, 2008 September 29
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya kepada Ahli UMNO Bahagian Gombak.
Alhamdulillah, sekali lagi dapat kita bersama-sama meraikan hari kebesaran ini setelah sebulan menjalankan ibadah puasa.Disamping bergembira bersama keluarga, saya harap kita akan teruskan tradisi kunjung mengunjung ke rumah-rumah terbuka untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita, terutama sekali dengan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam.
Semoga di hari yang gembira ini hubungan kita sebagai rakyat UMNO Gombak yang berbilang etnik akan bertambah erat.
Yang paling penting BERHATI-HATI di JALAN RAYA semasa memandu pulang berhari raya di kampung. Semoga selamat pulang ke kampung dan selamat pulang ke Gombak.
Ahad, 2008 September 21
NASIB RAKYAT UMNO GOMBAK
Petikan artikel dari : http://www.umno-reform.com/minggu2dec05.htmSebenarnya persoalan kerja dan tanggungjawab wakil rakyat harus di buat pemantauan yang rapi. Mereka berkerja atau hanya berpolitik ? Mereka wakil rakyat atau wakil kerajaan? Mereka harus peka - harus bertindak dengan pantas bagi mengatasi masalah keluarga seperti Keluarga Rozihan dan Edah dari Gombak ini. Mereka harus perihatin dan bukan hanya hadir semata - mata kerana politik. Wakil rakyat dan anggota jemaah mereka harus keluar dari kerusi empok pejabat - mencari - melihat dan terus memperjuangkan nasib rakyat kawasan tersebut.
Baru semalam saya membicarakan sedikit mengenai isu kemiskinan yang buat masa ini tertumpu kepada kemiskinan di Pangkalan Pasir timbul pula dalam rancangan TV3 " Bersama Mu" tangisan Keluarga Rozihan dan Edah dari Gombak, Selangor Maju 2005. Ibu kepada 5 orang anak itu manangis seraya berkata " kenapalah benci sangat orang kepada orang miskin ", sementara anak kecilnya menjawab soalan pengacara TV3, antara yang lama mereka tidak merasa adalah masakan daging. Kemiskinan di tahap kritikal ini berlaku di Gombak Selangor - tanah jajahan Dato Ahmad Bujang selaku Ketua Bahagian UMNO Gombak. Ini Gombak - kawasan yang sudah punyai bangunan - sudah punya internet dan sistem telekomunikasi moden - infrastruktur pembangunan canggih , malang di celah - celah kemodenan itu ada anak kecil yang hanya minum susu 1 bulan sekali - itupun tidak menentu. Sewaktu program itu di tayangkan baru kita lihat muncul Pegawai Kebajikan Masyarakat Gombak dalam urusan mendaftar dan memulakan bantuan. Keluarga tersebut sudah bertahun - tahun melarat dalam Malaysia khususnya di Selangor Negeri Maju pertama di Malaysia. Ini bukan soal politik - ini bukan soal menyokong pembangkang. Bagi mereka ini adalah soal kehidupan - soal anak - anak yang terpaksa melupakan persekolahan dan soal permakanan yang menghampiri kebuluran. Ini bukan persoalan indeks perniagaan negara yang semakin baik - semakin meningkat. Ini persoalan wakil rakyat yang lupa bertindak dan lupa kenapa mereka dilantik oleh rakyat. Sebenarnya persoalan kerja dan tanggungjawab wakil rakyat harus di buat pemantauan yang rapi. Mereka berkerja atau hanya berpolitik ? Mereka wakil rakyat atau wakil kerajaan? Mereka harus peka - harus bertindak dengan pantas bagi mengatasi masalah keluarga seperti Keluarga Rozihan dan Edah dari Gombak ini. Mereka harus perihatin dan bukan hanya hadir semata - mata kerana politik. Wakil rakyat dan anggota jemaah mereka harus keluar dari kerusi empok pejabat - mencari - melihat dan terus memperjuangkan nasib rakyat kawasan tersebut. Nasib baik ada TV3 yang akan cuba mendapatkan kerja sebagai seorang drebar untuk Rozihan. Ketua Bahagian tunggu laporan - laporan tidak kesampaian - rakyat bawahan di cerut kemiskinan. Bagi Datuk Seri Najib - Selangor Maju 2005, pembangunan wujud - benar di Pangkalan Pasir wujud kemiskinan tetapi Gombak dan merata - rata di negeri maju dan kota kosmopilitan - kemiskinan membelenggu rakyat.
Selasa, 2008 Julai 01
SUMPAH MELAYU

Maka pada 10 Februari 1946, dibaca oleh orang Melayu mengenai sumpah Melayu untuk Melayu. Maka mereka bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus membentuk tamadun bangsa untuk terus kekal relevan. Hari ini sumpah itu hanya dalam lipatan sejarah. Hari ini sumpah itu seakan di khianati kerana orang Melayu sendiri berfikiran bahawa mereka perlu berubah – berubah dengan kemajuan – berubah untuk meninggalkan – nilai murni bangsa – secocok dengan pembangunan moden dunia dan nilai baru yang sesuai dengan pendidikan moden. Kita bercerita untuk melepaskan sejarah, melanggar sumpah dan terus maju bersama-sama bangsa lain. Kita memilih menukar ketuanan kepada ketuanan rakyat. Ketuanan yang lepaskan hak yang selama ini ada, menjajakan pegangan untuk memperoleh kuasa dan mendabik dada menjadi pejuang politik yang tidak bermakna untuk bangsa itu sendiri.
Sebenarnya ketuanan rakyat yang dilaungkan adalah penjualan hak yang ada. Sebenarnya kesamarataan dalam demokrasi yang diperjuangkan lupa, bahawa Melayu yang mengekor dan belum lagi boleh berlari. Perjuangan Melayu adalah untuk Melayu, tidak perlu digeruni dan di perlu dikhuatiri. Perjuangan Melayu adalah untuk meningkatkan Melayu agar serasi bila bercerita mengenai kemodenan dan pembangunan agar kemajuan itu tidak timbul hanya di kelit mata kemudian di landa kepayahan hidup dan keciciran bangsa.
Kenapa Melayu takut membicarakan sumpah mereka? Kenapa Melayu takut membicarakan perjuangan Melayu? Adakah kerana ini menghilangkan rasa moden di kalangan mereka? Adakah ini menunjukkan bahawa kita tidak maju bila membicarakan tentang perjuangan bangsa?
Melayu sebenarnya perlu sedar dan perlu menjelaskan. Ketegasan kita memperkatakan hak dengan penjelasan yang sempurna. Kita perlu pertahankan sumpah kita kerana kita tidak mahu kedaulatan Melayu mengalir meninggalkan kita – lebih buruk bila Melayu beransur hilang di bumi sendiri.
Kita mesti mengenal apa yang perlu kita perjuangkan dan pertahankan. Jangan terleka dengan perjuangan politik yang mementingkan segelintir mereka yang mahu terus berkuasa. Kita mahu mereka yang turut membicarakan hak yang perlu dipertahankan demi Melayu untuk Melayu.
Ini adalah untuk semua, yang tingi melangit, yang sedang duduk mencoret polisi dan kita yang berkeliaran di muka bumi menjadi rakyat Melayu yang kini seakan kehilangan maruah diri. Jangan angkuh membicarakan kemodenan dalam erti melupakan nilai Melayu kita yang ada. Jangan angkuh membicarakan pembangunan dengan menggadai hak kita.
Melayu itu perlu dicernakan semula. Dalam erti mempertahankan yang ada. Dalam erti memperjuangkan semula, yang telah terlepas akibat melanggar sumpah kita. Melayu itu perlu bangkit dalam melihat bahawa kita bukan ketinggalan tetapi kita semakin hari semakin pupus di muka dunia. Kita perlu menceritakan semula Melayu itu – dalam suasana baru tetapi penuh bermaruah dan tidak perlu segan pada apa yang kita ada.
Sekiranya ada antara kita – menyatakan sumpah ini kuno dan ketinggalan, maka katakan pada mereka, sumpah itu kekal membicarakan perjuangan kita dan yang terlupa adalah mereka yang palsu menyatakan bahawa ketuanan Melayu adalah sisa-sisa sahaja, perlu di campak bersama sampah-sampah lain yang tidak berguna dan bukan budaya yang perlu dipertahankan kerana mereka sedang menuntut kuasa untuk berdendam sesama Melayu yang ada dan mereka tidak ubah seperti sampah yang jijik untuk Melayu melihatnya.
Ini sepatutnya dikenang semula-kerana yang hilang kita, yang dikurangkan hak kita dan yang ada penipuan mereka yang membawa bunga-bunga palsu untuk kita – tidak berbau dan tanpa semangat dan roh sebenar.
Perjuangkan dan pertahankan – maruah bangsa agar kita menginsafi yang hilang pada kita kerana kita Melayu lupa bercerita – kita tidak hilang d dunia – wujud sebagai daun kering yang menanti terlerai dari pepohonan sungguhpun jejak ada tapi tidak bermakna.
Petikan dari : http://arahkita.blogspot.com/2008/06/sumpah-melayu.html
Ahad, 2008 Jun 15
Program Tengku Razaleigh Bersama Pemimpin Umno Akar Umbi
Dijemput Yang Berbahagia
Dato' / Datuk, Datin/Tuan/Puan
Dengan Secara hormatnya ke majlis
Tengku Razaleigh Bersama Pemimpin Umno Akar Umbi
Pada : 15 Jun 2008
Hari : Ahad
Masa : 10 Pagi
Tempat : Kelab K Taman Melawati , Selangor Darul Ehsan
sila panjangkan jemputan ini kepada rakan rakan .

Sabtu, 2008 Mei 31
WARISAN PIMPINAN GOMBAK
Salam perjuangan.
Alkisahnya tentang pewaris kepimpinan UMNO Bahagian Gombak makka tersebutlah tentang Tuan Timbalan Ketua Bahagian, Al Fadhil, Al Ustaz Yuszahari, atau dikenali sebagai bekas YB YUS.
Beliau ini seorang yang taat dan amat setia kepada Ketua UMNO Bahagian. Sepanjang kepimpinan Ketua UMNO Bahagian, beliau sentiasa memberi sokongan penuh dan tidak pernah membawa masaalah kepada UMNO dan juga Rakyat Gombak. Tak macam Tuan Naib Ketua Bahagian, sentiasa memberi masalah kepada UMNO Gombak, sebab irihati kepada mantan YB YUS ini.
Kalau dihalusi mantan YB YUS apabila berlakunya tsunami politik dan Gombak tidak terkecuali, maka sekiranya Ketua Bahagian ini tidak gila pangkat sudah pastilah sepatutnya meWARISkan jawatan itu kepada Timbalannya yang amat setia. Berbaloilah kesetiaan yang dicurahkan oleh mantan YB YUS itu selama ini.
Beliau seorang yang muda, sudah pasti akan dapat melaksanakan tugasnya bagi mengangkat kembali martabat UMNO di Gombak.
Khabarnya kekalahan beliau di Gombak ini selain dari faktor Tsunami Politik ada juga kerja-kerja oleh orang-orang Tuan Naib yang mengakibatkan orang UMNO tidak mengundi beliau, buktinya undi calon Ahli Parlimen, Tuan Naib lebih tinggi daripada calon DUN Gombak Setia, mantan YB YUS. Contohnya seperti di Gombak Utara.
Ahli-ahli UMNO Gombak kena pandai menilai yang mana Intan dan yang mana Permata. Kalau tidak UMNO Gombak akan berada dalam keadaan kepayahan bagi menghadapi PRU ke 13 akan datang.
Selamat berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Jumaat, 2008 Mei 30
Warisan ....
WARISAN ...
Buat renungan kita semua .... marilah kita fikir-fikirkan
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)
http://www.umno-reform.com/URnews/azdy160605.htm
Bangkitlah wahai bangsaku!

Selasa, 2008 Mei 20
SEORANG LAGI AJK UMNO BAHAGIAN GOMBAK DIPECAT
Salam perjuangan.
Lebih kurang jam 2.30 petang tadi saya menerima berita seorang lagi AJK UMNO Bahagian Gombak telah dipecat yaitu Sdr Megat Zulkarnain yang mewakili kuota AJK Lantikan Pemuda.
Sebelum ini Setiausaha Bahagian, Sdr Abd Rahim Kamarudin dan 2 orang AJK Bahagian Sdr Zakaria Hussin dan Puan Zainiah (Kuota Wanita) telah dipecat. Khabarnya mereka telah digantikan dgn Sdr Mohd Nor Salleh sebagai Setiausaha dan AJK lantikan baru ialah Puan Maimunah Semat, Sdr Othman Abd Rahman Cawangan Kemensah dan Sdr Hassan Bosarah.
Dan difahamkan hampir kesemua lantikan baru tidak selesa menerima lantikan kerana masyarakat umum berpendapat hanya untuk memanaskan kerusi sahaja sehingga november.
Saya berharap supaya pemimpin diperingkat negeri dapat melayari blog http://umnogombak.blogspot.com/ ini dan memikirkan cara yang bagaimana supaya UMNO Bahagian Gombak ditenteramkan. Saya mencadangkan supaya :-
1. Kesemua yang dipecat dikembalikan ke jawatan asal.
2. Perhubungan UMNO Negeri mengambil alih pentadbiran UMNO Bahagian Gombak.
Pendapat saya ini adalah berasaskan maklumat-maklumat yang saya terima dikalangan ketua-ketua disemua 4 peringkat cawangan inginkan pembaharuan dan penjelmaan semula dan mengelakkan UMNO Bahagian Gombak tidak diperlekehkan oleh pembangkang. Saya difahamkan PKR dan PAS mengikuti dengan teliti apa yang sedang berlaku didalam UMNO Bahagian Gombak.

Langgan:
Catatan (Atom)